Samsung Mengemaskini Harga Jualan Peranti Siri Galaxy A Di Malaysia

Samsung Mengemaskini Harga Jualan Peranti Siri Galaxy A Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 19, 2020 oleh .

Samsung Malaysia hari ini mengumummkan kemaskini kepada harga jualan siri Galaxy A di Malaysia, dimana ia menawarkan potongan antara RM40 sehingga RM100 untuk harga jualan sedia ada siri Galaxy A.

Siri yang menerima potongan harga adalah termasuk Galaxy A71, Galaxy A31, Galaxy A21s, Galaxy A11 dan juga Galaxy A01.

Berikut merupakan harga jualan baru untuk siri Galaxy A di Malaysia:

  • Samsung Galaxy A71 – RM1699
  • Samsung Galaxy A31 – RM999
  • Samsung Galaxy A21s – RM899
  • Samsung Galaxy A11 – RM529
  • Samsung Galaxy A01 – RM399

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan model-model peranti ini daripada pengedar Samsung tempatan seluruh negara dengan harga baru ini.



Paling Popular