OnePlus Dilihat Telah Memulakan Pembangunan OnePlus 9

OnePlus Dilihat Telah Memulakan Pembangunan OnePlus 9

Diterbitkan pada Okt 19, 2020 oleh .

OnePlus baru sahaja memperkenalkan OnePlus 8T pada peringkat global, dan dijangka melancarkannya di Malaysia pada minggu ini.

Apa pun, hal berkenaan tidak menghentikan pihak OnePlus untuk bergerak ke pembangunan peranti seterusnya. Melalui desas-desus baru, OnePlus dilihat telah memulakan pembangunan OnePlus 9, dan ia dikenali dengan nama kod “Lemonade”.

Info lanjut mengenai peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi. Berkemungkinan kita akan melihat peranti ini diperkenalkan seawal suku pertama 2021 kelak – dan bakal menyertakan pelbagai spesifikasi terkini, termasuk cip Snapdragon 875 yang bakal diumumkan pada penghujung tahun ini.



Paling Popular