Oppo Enco X Turut Dilancarkan – Pesaing AirPods Pro Dengan Kerjasama Dynaudio

Oppo Enco X Turut Dilancarkan – Pesaing AirPods Pro Dengan Kerjasama Dynaudio

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

Oppo Enco adalah TWS Oppo yang menarik, yang mana adalah jenis separa terbuka. Oppo turut hadir dengan banyak TWS lagi, yang mana sudah ada banyak di bawah siri Enco. Terkini, Oppo Enco X pula dilancarkan. Ia adalah TWS mercu dari Oppo yang lebih hebat dan premium.

Pertama sekali, Oppo bekerjasama dengan Dynaudio untuk kualiti audio. Rekaan dilihat mirip dengan Enco W51, yang mana kelas sekali meminjam rekaan AirPods Pro. Menurut Oppo, setiap fon telinga mempunyai rekaan dwi-unit coaxial. Kemudian turut terbina adalah diafragma satah magnet superkonduktor, tiga lapisan gegelung yang bergerak, dan dwi-speaker. Oppo turut mengembalikan teknologi DBEE yang dibangunkan oleh mereka pada tahun 2007, cuma kali ini adalah versi 3.0 dan boleh memberikan audio HiFi, kesan dinamik, serta codec LHDC, SBC dan AAC.

Dengan kerjasama Dynaudio, pemacu audio 11mm digunakan, 6mm speaker disertakan dan Oppo Enco X ini telah ditala oleh Daniel Emonts iaitu pakar jurutera akustik. TWS ini tiada pembatalan hingar aktif, tetapi mempunyai pengurangan hingar. Ia berfungsi melalui cip dwi-teras dan mempunyai empat aras pengurangan hingar termasuk mod Transparency. Untuk fungsi ini berfungsi, tiga mikrofon disertakan.

Penggunaan secara berterusan boleh bertahan selama 5.5 jam, 25 jam sekali dengan pod pengecasan dan hanya 20 jam jika mod pengurangan hingar yang kuat digunakan. Untuk perlindungan ia mempunyai IP54, kemudian mempunyai kawalan sentuhan, tambatan pantas, pengecasan nirwayar dan sokongan masa pendam 47ms-97ms. Sistem Bluetooth pula adalah versi 5.2. Harga jualan adalah RMB999, iaitu sekitar RM619 dengan pilihan warna putih, Nocturnal Black atau Bamboo Green.



Paling Popular