Oppo Watch RX Diumumkan – Jam Tangan Pintar Dengan Rekaan Skrin Bulat

Oppo Watch RX Diumumkan – Jam Tangan Pintar Dengan Rekaan Skrin Bulat

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

Semasa acara khas Oppo bar-baru ini di China, Oppo telah melancarkan Enco X dan televisyen pintar mereka. Selain itu, mereka turut mengumumkan Oppo Watch RX. Ia adalah model jam tangan pintar terbaru Oppo, yang mana menggunakan rekaan skrin bulat.

Tidak banyak butiran yang Oppo kongsi. Apa yang pasti adalah ia menggunakan skrin 1.28-inci AMOLED, mempunyai dua butang fizikal, dan kerangka besi. Warna yang akan ditawarkan adalah hitam, biru dan emas. Ia hanya akan diperkenalkan secara lebih lanjut pada 1 November ini.

Buat masa ini, sistem operasi juga masih tidak pasti. Adakah ia akan menggunakan ColorOS Watch yang berasaskan Wear OS? Atau juga seakan Mi Watch Color dengan sistem operasi tersendiri dengan penggunaan terhad? Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN