Intel Akan Menjual Perniagaan Storan Kepada SK Hynix Untuk $9 Bilion

Intel Akan Menjual Perniagaan Storan Kepada SK Hynix Untuk $9 Bilion

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

Selain daripada membangunkan cip pemprosesan untuk komputer, mesin-mesin pelayan dan pelbagai jenis peranti, Intel juga membangunkan cip storan yang dapat dilihat dalam pelbagai komponen storan mereka.

Bloomberg baru sahaja melaporkan bahawa Intel telah bersetuju untuk menjual perniagaan pembangunan storan tersebut kepada sebuah lagi syarikat pembangun storan terkemuka, iaitu SK Hynix.

Intel dilaporkan telah mencari pembeli untuk perniagaan storan flash mereka untuk sekian lamanya, dan dengan SK Hynix, mereka nampaknya telah menemui sebuah syarikat yang sanggup membayar sejumlah wang yang banyak untuk IP storan Intel.

Dalam perjanjian ini, SK Hynix akan membayar sekitar $7 bilion kepada Intel menjelang penghujung 2021, dan baki pembayaran akan dilengkapkan pada bulan Mac 2025.

Walaupun begitu, Intel juga dilaporkan masih akan menyimpan IP dan perniagaan Intel Optane mereka, yang merupakan sebuah kerjasama diantara Intel dan Micron beberapa tahun yang lalu.

Ini bukanlah kali pertama Intel menjual ataupun menghentikan pembangunan teknologi mereka sendiri. Intel sebelum ini telah menjual perniagaan pembangunan teknologi telekomunikasi kepada Apple pada tahun lepas.



Paling Popular