ColorOS Watch 1.5 Diumumkan – 50 Muka Jam, 8 Mod Sukan Dan Mod SOS

ColorOS Watch 1.5 Diumumkan – 50 Muka Jam, 8 Mod Sukan Dan Mod SOS

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

ColorOS adalah sistem operasi daripada Oppo yang dibina berasaskan Android. Ia sering dikenali pada telefon pintar Oppo sahaja. Tetapi, selepas Oppo melancarkan Oppo Watch – iaitu jam tangan pintar Oppo pertama. Oppo Watch menjalankan sistem operasi ColorOS Watch yang mana adalah berasaskan Wear OS.

Baru-baru ini, ColorOS Watch versi 1.5 telah diumumkan. Ia membawakan beberapa kemaskini yang menjadikan Oppo Watch lebih berguna lagi. Pertama, ia kini mempunyai 50 muka jam baharu dari pelbagai tema dan rekaan yang akan bersesuaian dengan cita rasa pelbagai pengguna. Turut ditambah adalah 8 mod sukan baharu, antaranya adalah mendaki, berlari atas sawat injak, mesin eliptis dan banyak lagi.

Antara mod baharu lain pula adalah SOS, yang mana boleh membuat panggilan kecemasan jika berlakunya kemalangan. Ini adalah apa yang kita lihat sudah wujud dalam watchOS sebelum ini. Oppo turut menambah 13 aplikasi terbina, seperti media sosial, berita, peta, perkhidmatan penstriman muzik dan banyak lagi.

Kemaskini ini akan diedarkan bermula 24 November dan terhad kepada pengguna di China terlebih dahulu. Untuk pasaran global, tidak pasti lagi bila dan apakah aplikasi terbina yang akan digantikan oleh Oppo. Teruskan ikuti kami di Amanz untuk maklumat lanjut mengenainya akan datang.



Paling Popular