Kecerdasan Buatan Facebook Mengalih Bahasa Tanpa Perlu Perantaraan Bahasa Inggeris Terlebih Dahulu

Kecerdasan Buatan Facebook Mengalih Bahasa Tanpa Perlu Perantaraan Bahasa Inggeris Terlebih Dahulu

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

Anda pasti sedang kerap kali apabila menggunakan perisian alih bahasa, teks akhir yang dipaparkan sukar difahami. Ini adalah kerana majoriti perisian alih bahasa akan menukar bahasa asal kepada bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum diubah sekali lagi ke bahasa yang diinginkan.

Sebagai antara laman yang paling kerap digunakan pengguna global, Facebook melakukan jutaan alih bahasa setiap hari. Mereka menyedari isu mengenai sistem alih bahasa sedia ada dan menghasilkan sistem alih bahasa pertama yang tidak memerlukan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara.

Kecerdasan buatan ini dilatih menggunakan 7.5 bilion ayat dari 100 bahasa bagi menghasilkan sistem alih bahasa mesin yang lebih tepat berbanding model semasa. Pada waktu ini 100 bahasa disokong dan boleh diakses kerana menggunakan sumber terbuka.



Paling Popular