WhatsApp Web Dijangka Akan Menawarkan Sokongan Panggilan Suara Dan Video Tidak Lama Lagi

WhatsApp Web Dijangka Akan Menawarkan Sokongan Panggilan Suara Dan Video Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

WhatsApp pada hari ini sedia menawarkan ciri panggilan suara dan video melalui aplikasi mudah-alih di Android dan iPhone. Namun, ciri sama masih tidak lagi ditawarkan di desktop mahupun web.

Apa pun, perkara berkenaan dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Melalui fail pembangunan terbaru, ia dilihat pihak WhatsApp telah mula mengintegrasikan kod awal – yang memperlihatkan sokongan panggilan suara dan video bakal hadir tidak lama lagi. Dengan langkah ini, anda akan dapat kekal berhubung menggunakan komputer anda ketika bertugas dengan mudah.

Buat masa ini, ia masih dilabelkan dibawah pembangunan, dan mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum diperkenalkan kepada umum.



Paling Popular