Huawei Y7a Hadir Ke Pasaran Malaysia – Dilengkapi Pengecasan Pantas 22.5W, Berharga RM799

Huawei Y7a Hadir Ke Pasaran Malaysia – Dilengkapi Pengecasan Pantas 22.5W, Berharga RM799

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

Huawei kini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar baru dibawah siri Y, iaitu Huawei Y7a. Telefon pintar ini dilengkapi spesifikasi asas, tetapi turut menyertakan sokongan pengecasan pantas 22.5W bersama-sama dengannya.

Dari segi spesifikasi, Huawei Y7a dilengkapi skrin 6.67-inci dengan resolusi 2400×1080 pixel, dilengkapi cip lapan-teras, memori 4GB RAM dan storan 128GB.

Telefon pintar ini menyertakan empat kamera belakang dengan sensor utaa 48-megapixel, dan kamera swafoto 8-megapixel.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

Huawei turut melengkapkan ia dengan Huawei AppGallery untuk memuat-turun aplikasi. Dengan pembelian Huawei Y7a juga, pengguna akan dapat akses kepada Huawei Video, serta storan 15GB di Huawei Cloud Storage selama 12 bulan.

Di Malaysia, Huawei Y7a ditawarkan pada harga RM799 bermula 30 Oktober 2020 ini.



Paling Popular