Canvas AOD Kini Boleh Digunakan Pada Peranti OnePlus 8T

Canvas AOD Kini Boleh Digunakan Pada Peranti OnePlus 8T

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

OnePlus 8T adalah peranti mercu terbaru dari OnePlus. Ia mempunyai sedikit kemaskini dari OnePlus 8 dan adalah peranti mercu termurah OnePlus untuk tahun ini. Ia menggunakan skrin rata 120Hz, HDR10+ dan AMOLED. Dijana Snapdragon 865, rekaan serba baru dan menjalankan Oxygen OS 11 terus dari kotak.

OnePlus 8T juga antara peranti OnePlus yang mempunyai sokongan Always-On Display (AOD). Tetapi AOD OnePlus sedikit berbeza, kerana ia pintar dan interaktif. Salah satunya adalah Insight, yang mana boleh melihat seakan graf dalam bentuk bar – penggunaan peranti seharian. OnePlus turut bekerjasama dengan Snapchat dan Bitmoji, tetapi pilihan tersebut masih tidak ada lagi. Dalam kemaskini terbaru, iaitu Oxygen OS 11.0.1.2, Canvas AOD telah diaktifkan.

Canvas AOD adalah mod AOD yang menggunakan gambar pilihan pengguna. Pengguna boleh memilih gambar kegemaran dan ia akan diubahsuai menjadi lakaran. Pada skrin utama adalah gambar latar dan AOD pula akan menjadi lakaran. Ia adalah satu mod AOD yang unik dan lain daripada yang lain. Bagi mereka yang gemar menggunakan gambar sendiri, gambar yang tersayang – ini adalah mod yang sesuai.



Paling Popular