Cari @ Amanz

Tahun lepas Photoshop telahpun hadir untuk iPad, dan berkebolehan untuk beroperasi sama seperti perisiannya yang terdapat pada komputer, lengkap dengan kebolehan Layers, Properties dan sebagainya.

Untuk kemaskini terbaru Photoshop Untuk iPad, Adobe telah menyertakan fungsi Livestreaming secara terbina bagi memudahkan perkongsian karya mahupun demonstrasi Photoshop, terus dari iPad.

Menggunakannya, pengguna dapat mengaktifkan kamera iPad dan juga berkongsi paparan skrin bagi memperlihatkan langkah dan proses penyuntingan gambar.

Selain dari Photoshop untuk iPad, fungsi Livestream ini turut wujud pada Fresco dan Illustrator untuk iPad. Ketahui lebih lanjut mengenai fungsi ini di sini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd