Carian
Adobe Illustrator Untuk iPad Diperkenalkan
October 20, 2020 Ikhwan Nazri

Setelah hampir setahun Photoshop untuk iPad diumumkan sejak acara Adobe MAX 2019, tahun ini menyaksikan Illustrator untuk iPad dilancarkan dengan kebolehan yang sama sempurna seperti Illustrator pada komputer dan mampu membuka fail yang sama tanpa sebarang perbezaan.

Wujudnya Illustrator untuk iPad bakal memudahkan pereka grafik untuk menghasilkan karya vector dimana sahaja mereka berada. Untuk versi 1.0, Illustrator menyertakan peralatan asas, termasuklah sokongan 18,000 tulisan fungsi lukisan bulat, grid dan ‘mirror repeat’.

Dari segi reka letak, ia seolah-olah Photoshop, namun peralatan dan juga susunan antaramuka boleh dikatakan sangat menghampiri Illustrator untuk versi komputer. Justeru mereka yang biasa menggunakan Illustrator tidak akan rasa kekok untuk menggunakan aplikasi ini.

Anda boleh mencuba Adobe Illustrator Untuk iPad bermula hari ini.

https://youtu.be/EzXb0ob5YV4

Komen