Beberapa tahun lalu aplikasi Adobe Fresco mula menemui peminat dan Fresco merupakan aplikasi lakaran yang membolehkan pengguna melakar lukisan seumpama diatas permukaan kanvas. Ia lebih berbeza dari Photoshop & Illustrator dan pada hari ini beberapa kemaskini fungsi telah diterima Fresco.
Salah satu fungsi baru pada Fresco adalah fungsi Smudge, atau menggosok warna pada kanvas lakaran. Pengguna kini boleh memilih warna atau kawasan permukaan yang ingin ‘digosok’.
Satu lagi fungsi baru pada Fresco adalah Time-Lapse. Dengan fungsi ini, anda boleh merakam proses menghasilkan sesuatu lakaran, dan berkongsi ke platform lain atau menyimpan video tersebut untuk kegunaan sendiri.
Pada acara ini juga Adobe mengumumkan Aplikasi lakaran Fresco untuk iPhone ini membolehkan anda membuka fail lakaran Fresco yang telah pun digunakan pada peranti lain. Anda boleh terus menyambung proses lakaran tersebut, dan kebanyakan fungsi yang ada pada tablet, turut tersedia pada versi iPhone.
https://youtu.be/JttpsSL2dqg