Cari @ Amanz

Semasa pelancaran iPhone 12, Apple telah mengumumkan sesuatu yang mengejutkan – iaitu kembalinya sistem pengecasan MagSafe. MagSafe sedia terkenal sebnagai pengecas bermagnet pada MacBook-MacBook lama sebelum USB-C menjadi pengganti. Pada iPhone 12, MagSafe disokong melalui magnet terbina di dalam peranti dan juga sistem pengecasan nirwayar bermagnet baharu.

Pengecas MagSafe ini dijual pada harga RM179, dan adalah pengecas nirwayar berasaska Qi dengan magnet sahaja. Ia menyokong kuasa sehingga 15W. Menariknya, peranti Samsung Galaxy Z Fold2 boleh dicas dengan MagSafe tanpa sebarang masalah. Malah, magnetnya juga dikatakan cukup kukuh dan tepat di posisi iaitu di bahagian tengah. Ini kerana, Galaxy Z Fold2 memang menyokong pengecasan nirwayar Qi dan peranti ini banyak magnet terbina untuk sistem engsel.

Tetapi, disebabkan ia adalah Qi – jadi mana-mana peranti secara teorinya boleh sahaja menggunakannya dengan syarat menyokong sistem pengecasan nirwayar yang asas ini. Cuma magnet sahaja, sama ada kuat ataupun tidak. Sumber melaporkan yang ia turut boleh digunakan pada Pixel 5 – tetapi magnetnya tidak cukup kuat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd