Kipas Dalam PlayStation 5 Akan Dioptimasikan Dengan Perisian Melalui Data-Data Yang Dikumpul Dari Setiap Permainan

Kipas Dalam PlayStation 5 Akan Dioptimasikan Dengan Perisian Melalui Data-Data Yang Dikumpul Dari Setiap Permainan

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

Beberapa minggu lepas, Sony telah terbit satu video yang “membedah” PlayStation 5 bagi memperlihatkan keseluruhan rekaan dan komponen dalaman konsol permainan ini. Saiz konsol ini agak besar dan kipas yang digunakan sebaga i sistem penyejukan juga sangat besar.

Terkini menurut sumber, kipas ini akan dioptimasikan dengan perisian sahaja bagi memastikan konsol kekal sejuk dan prestasi permainan adalah lancar. Apa yang menarik adalah, sistem PS5 ini akan mengunmpul data-data dari setiap permainan untuk mengoptimasikan kipas penyejukan konsol. Ini bermakna, kelak apabila sesuatu permainan sedang dimainkan – sistem penyejukan atau kekuatan kipas adalah berbeza mengikut permainan.

Kipas dalam PS5 ini pula dikuasakan oleh Accelerated Processing Unit (APU), CPU dan GPU AMD tersendiri.



Paling Popular