Sebagai penyunting video, acapkali kerja yang melecehkan adalah untuk membuat sarikata. Membuat sarikata memerlukan ketelitian dan ketepatan dalam meletakkan sarikata yang betul sewaktu percakapan yang betul.
Dalam kemaskini Adobe Premiere Pro yang terbaru, dibantu dengan kecerdasan buatan Adobe Sensei, fungsi ‘Speech To Text’ telah tersedia yang membolehkan perisian ini menganalisa dialog percakapan, dan menghasilkan sarikata untuknya.
Pengguna hanya perlu memastikan wujudnya sambungan internet kerana fail audio tersebut akan dimuat-naik untuk analisa, dan kemudian akan dijana secara automatik. Buat masa ini terdapat had bahasa dimana ia hanya menyokong bahasa-bahasa utama seperti Inggeris, Perancis, dan Jepun.
Buat masa ini fungsi ini tersedia pada Adobe Premiere Pro Beta anda anda boleh mendaftar perisian tersebut disini.
https://youtu.be/QCxHHarCvA8