Roto Brush 2 Pada Adobe After Effects Kini Dikuasakan Adobe Sensei – Proses Rotoscoping Lebih Mudah

Roto Brush 2 Pada Adobe After Effects Kini Dikuasakan Adobe Sensei – Proses Rotoscoping Lebih Mudah

Diterbitkan pada Okt 20, 2020 oleh .

Selain dari proses meletakkan sarikata, satu lagi proses yang leceh dan rumit adalah Rotoscoping. Proses ini dilakukan untuk setiap bingkai (frame) dalam satu video bagi memadamkan, memilih, memanipulasi sesuatu subjek dan boleh mengambil masa yang lama.

Pada Adobe After Effects yang terkini, ia menyediakan Roto Brush 2. Menggunakan Roto Brush 2, pengguna tidak perlu melakukan masking/pemilihan objek dengan teliti, namun cukup sekadar menggariskan objek yang diinginkan.

Dengan bantuan kecerdasan buatan Adobe Sensei, ia akan dapat memilih objek yang perlu di-rotoscope untuk setiap bingkai. Pengguna hanya perlu memastikan objek dipilih tersebut adalah tepat untuk kali pertama, dan pergerakan seterusnya dapat di-rotoscope secara automatik.

Dengan adanya Roto Brush 2 pada Adobe After Effects, proses rotoscoping dapat dipendekkan dan dapat membantu penyunting video untuk bekerja dengan lebih pantas.



Paling Popular