Vivo Malaysia hari ini telah melancarkan dua lagi telefon pintar baru dibawah siri Vivo V20 – iaitu model Vivo V20 dan juga Vivo V20 Pro.

Vivo V20 hadir dengan skrin 6.44-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 720G, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Melengkapkan ia adalah bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.
Melengkapkan ia juga adalah tri-kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, selain kamera swafoto 44-megapixel.
Vivo V20 Pro pula turut hadir dengan skrin 6.44-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 765G, memori 8GB RAM, dan storan 128GB.
Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi tri-kamera dengan sensor utama 64-megapixel, selain kamera swafoto 44-megapixel. Peranti dengan sokongan rangkaian 5G ini turut dilengkapi bateri 4000mAh dan sokongan pengecasan pantas 33W.
Di Malaysia, Vivo V20 ditawarkan pada harga RM1499 di Malaysia, sementara Vivo V20 Pro 5G pula ditawarkan pada harga RM1899 di Malaysia.