Nokia 2 V Tella Dilancarkan Dengan Sokongan Cip MediaTek Helio A22

Nokia 2 V Tella Dilancarkan Dengan Sokongan Cip MediaTek Helio A22

Diterbitkan pada Okt 21, 2020 oleh .

HMD Global kini mengumumkan penambahan model baharu di bawah portfolio Verizon dengan memperkenalkan Nokia 2 V Tella. Peranti pintar ini hadir dengan penambahbaikan berbanding pendahulunya sekaligus membuatkan ia agak menarik dalam kelas yang tersendiri.

Untuk spesifikasi, Nokia 2 V Tella dilengkapi paparan bersaiz 5.45-inci dengan resolusi HD+. Seterusnya, ia menggunakan cip pemproses MediaTek Helio A22 (12nm), memori 2GB RAM, storan dalaman 16GB dan bateri 3,000mAh yang didakwa mampu bertahan sehingga 2 hari.

Kemudian, konfigurasi kameranya terdiri dengan dwi-lensa utama iaitu 8-megapixel (utama) + 2-Megapixel (kedalaman). Kamera ini juga hadir dengan sejumlah tetapan menarik seperti kesan bokeh yang boleh disesuaikan, pilihan untuk tangkapan gambar terbaik dan banyak lagi.

Spesifikasi lain termasuklah menjalankan perisian Android 10, sokongan bluetooth 4.2, butang Google Assistant khusus dan bicu audio 3.5mm. Nokia 2 V Tella hadir dalam satu variasi warna sahaja iaitu biru dan ia dijual pada harga $168 (~RM697).



Paling Popular