DJI Pocket 2 Dilancarkan Dengan Kamera 64MP Dan Rakaman Video 4K 60p

DJI Pocket 2 Dilancarkan Dengan Kamera 64MP Dan Rakaman Video 4K 60p

Diterbitkan pada Okt 21, 2020 oleh .

DJI Pocket 2 telah dilancarkan hari ini sebagai model kemas kini untuk DJI Pocket asal yang dilancarkan dua tahun lalu. Menerusi model terkini, Pocket 2 dilengkapi sensor 64-megapixel 1/1.7-inci CMOS yang lebih besar serta lensa dengan sudut lebih lebar.

Kemampuan merakam video turut dipertingkatkan ke 4K 60p pada kadar bit 100 Mbps. Pada waktu yang sama rakaman video HDR turut boleh dilakukan tetapi pada tetapan lebih rendah 2.7K. Pada masa yang sama dalam mod kamera kemampuan zum 4X nirhilang dapat dilakukan dengan gambar pada tetapan 16MP.

Gimbal tiga paksi yang disertakan memastikan video yang diambil sentiasa stabil manakala empat mikrofon pula merakam audio dengan lebih baik. Seperti kebanyakan kamera telefon pintar di pasaran, Osmo Pocket 2 juga hadir dengan sistem zum audio untuk memfokuskan rakaman bunyi dari subjek utama.Dengan bateri yang disertakan, Osmo Pocket 2 boleh beroperasi sehingga 140 minit dengan sekali caj.

DJI Pocket 2 dijual pada harga $349 (~RM1448) untuk model asas dengan kayu kawalan jauh dan versi Creator Combo pula pada harga $499 (~RM2070) dengan pelbagai aksesori tambahan bermula November hadapan.



Paling Popular