DxoMark Kini Menguji Kemampuan Paparan Telefon Pintar – Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G Duduki Tangga Teratas

DxoMark Kini Menguji Kemampuan Paparan Telefon Pintar – Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G Duduki Tangga Teratas

Diterbitkan pada Okt 21, 2020 oleh .

Kalau masih anda ingat, DxoMark sebelum ini telah menjadualkan sebuah acara khusus untuk satu pengumuman terkini. Ia bukanlah pengenalan produk, sebaliknya DxoMark mengumumkan bahawa mereka kini memperluaskan lagi protokol ujian saintifik untuk kemampuan paparan telefon-telefon pintar di pasaran pula.

Melaluinya, keputusan pertama ujian mendapati Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G menduduki tangga teratas dengan markah terkumpul sebanyak 89 mata. Seterusnya, diikuti pula dengan OnePlus 8 Pro di tangga kedua dengan 88 mata, manakala Samsung Galaxy S20 Ultra 5G di tangga ketiga dengan markah sebanyak 87 mata. Keputusan turut memperlihatkan iPhone 11 Pro Max berada di tangga keempat, sementara TCL 10 Pro pula di tangga kelima.

Menurut DxoMark, penilaian ini dilakukan dengan pendekatan yang unik bagi menguji prestasi paparan peranti. Ia termasuklah prestasi pada paparan, warna, video, gerakan, sentuhan dan sebagainya. Pada masa sama, DxoMark turut mengatakan bahawa mereka telah mengemas kini untuk sistem pemarkahan kemampuan kamera dengan lebih baik, sekaligusmenjadikannya lebih komprehensif dan terperinci.



Paling Popular