Biasa atau tidak anda sedang menonton video yang panjang di YouTube dan terasa bosan? Atau anda sudah tonton video tersebut dan ingin cepatkan ke hadapan dengan tekan seek bar untuk langkau beberapa ssat atau beberapa minit ke hadapan?
Aplikasi YouTube untuk Android kini tidak lagi menyokong fungsi tekan untuk melangkau ke hadapan video. Menurut wakil Google, ramai pengguna merungut yang mereka kerap tertekan secara tidak sengaja. Cara baharu untuk langkau ke hadapan video adalah dengan tekan dan tahan ke bahagian yang diinginkan dan lepas. Misalnya anda tonton video 3 minit dan ingin tonton minit terakhir, tekan dan tahan di seek bar ke minit kedua dan lepas.
Google telah memperkenalkan ciri ini agak lama. Cuma ia adalah kemaskini secara senyap dan besar kemungkinan adalah dari bahagian pelayan.