Windows 10 Kemaskini Oktober 2020 Mula Diedarkan – Start Baharu Dan Integrasi Microsoft Edge Lebih Dalam

Windows 10 Kemaskini Oktober 2020 Mula Diedarkan – Start Baharu Dan Integrasi Microsoft Edge Lebih Dalam

Diterbitkan pada Okt 21, 2020 oleh .

Windows 10 seperti yang semua sedia maklum dikatakan adalah versi Windows terakhir. Ia kini adalah nama produk, dan perkara baru seperti ciri/fungsi akan diedarkan melalui kemaskini yang mempunyai nama-nama tersendiri. Contohnya Fall Update, October Update dan banyak lagi. Terkini, kemaskini Oktober 2020 mula diedarkan iaitu Windows 10 20H2.

Windows 10 20H2 ini membawakan beberapa perkara menarik dan perubahan visual. Pertama sekali yang paling jelas adalah, tiada lagi Tiles dalam Start yang berwarna warni seakan Windows 8. Sebaliknya ia kini lebih minimal dengan sattu warna dan semi-lutsinar. Microsoft menamakan ciri ini sebagai Theme-aware Start Tile. Seterusnya adalah taskbar yang kini lebih mesra skrin sesentuh. Ia lebih mudah digunakan dengan tablet seperti Surface.

Disebabkan Micrsoft Edge kini berkuasa dan lebih hebat. Kemaskini terbaru Windows 10 ini mengintegrasikan pelayar web ini secara lebih dalam. Kini tab terbuka pada pelayar web ini diintegrasikan dalam Alt + Tab untuk bertukar-tukar antara tab atau perisian terbuka yang lain.

Sistem notifikasi juga kini bertambah baik, yang mana turut mesra mod tablet dan ia kini lebih mudah untuk dilihat dan dibuang. Bahagian tetapan juga mempunyai kemaksini visual sedikit. Jika paparan menyokong kadar segar semula tinggi, ia boleh dipilih dalam tetapan paparan. Microsoft turut membawakan kemaskini sekuriti yang lebih baik untuk biometrik, perlindungan lebih hebat dan banyak lagi.

Kemaskini ini akan diedarkan secara berperingkat. Sebelum menerima kemaskini ini, peranti Windows anda mestilah sekurang-kurangnya menjalankan Windows 10 1903.



Paling Popular