Carian
Meizu POP2S TWS Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 24 Jam
October 21, 2020 Amy Maizuraa

Sekitar bulan ini sahaja, kita dapat lihat Meizu telahpun memperkenalkan sehingga tiga penawaran untuk aksesori audio mereka. Sebelum ini, kita ada Meizu Buds, kemudian diikuti pula dengan Meizu UR Live edisi khas. Kali ini, mereka muncul pula dengan Meizu POP2s TWS.

Ia merupakan pengganti kepada Meizu POP2 dengan sejumlah peningkatan yang lebih komprehensif. Dari segi rekaan, binaannya dilihat masih sama dengan rekaan jenis dalam-telinga (in-ear) bersama putik silikon untuk keselesaan yang baik. Namun begitu, ia dikatakan memiliki berat lebih ringan sekitar 5.1 gram untuk setiap fon telinga.

Seterusnya, aksesori audio ini turut hadir dengan sejumlah spesifikasi menarik lain seperti dilengkapi pembatalan hingar elektronik (ENC), sokongan Bluetooth 5.0 (serasi dengan Android & iOS), ketahanan bateri sehingga 24 jam (dengan pod pengecas) dan penarafan kalis air IPX5. Pada masa sama, ia turut menyokong sambungan pantas menerusi fungsi Flyme untuk membuat sambungan ke peranti pintar Meizu. Meizu POP2s TWS ditawarkan pada harga RMB299 (~RM186).

Komen