Kualiti Video Lalai Kini Boleh Ditetapkan Di Dalam Aplikasi YouTube Seakan Netflix

Kualiti Video Lalai Kini Boleh Ditetapkan Di Dalam Aplikasi YouTube Seakan Netflix

Diterbitkan pada Okt 21, 2020 oleh .

YouTube sudah pun mempunyai pilihan memilih tetapan untuk kualiti video kegemaran di setiap video. Pengguna boleh memilih dari 144p iaitu kualiti rendah, HD biasa 480p, FHD 1080p atau juga sehingga 8K. Tetapi mengikut kualiti Internet, resolusi video seringkali ditetapkan secara automatik oleh video dan tidak boleh dikekalkan, kecuali jika pengguna memilih secara manual.

Terkini, YouTube sudah mula mengedarkan kemaskini baharu secara berperingkat. Kualiti video lalai kini boleh ditetapkan terus dari aplikasi YouTube. Pengguna turut masih boleh memilih kualiti dari setiap video. Menu pilihan juga telah diringkaskan, yang mana kini adalah mirip Netflix atau banyak platform penstriman lain. Pengguna boleh memilih dari Data saver (kualiti rendah, mungkin dari 144p-480p), Higher picture quality (mungkin 720p dan ke atas), dan Auto (YouTube pilih secara automatik).

Bagi yang masih ingin memilih resolusi yang lebih spesifik, ia disertakan di bahagian Advanced. Dalam tetapan aplikasi YouTube pula, terdapat pilihan baru dalam bentuk beta iaitu – Video qualiti preference (BETA). Di dalamnya ada pilihan jika menggunakan data mudah alih kualiti bagaimana dan dengan WiFi pula bagaimana. Seperti biasa, kemaskini ini diedarkan secara berperingkat.



Paling Popular