Carian
Xiaomi Mengurangkan 60% Penggunaan Plastik Dalam Bungkusan Tanpa Membuang Pengecas
October 21, 2020 Fahim Zahar

Seperti yang semua sedia maklum, Apple tidak lagi memberikan pengecas dan set fon telinga dalam pakej belian iPhone 12. Bukan itu sahaja, iPhone SE 2020, iPhone 11 da lain-lain iPhone pengeluaran baru turut tidak akan menyertakan dua aksesori ini. Ini kerana Apple ingin menyelamatkan alam sekitar dari sampah elektronik serta mengurangkan penggunaan kertas dan plastik.

Jika anda lihat video-video iPhone 12 di YouTube, pelindung skrin kini digantikan dengan pelekat kertas, pelekat logo Apple kini hanya ada satu, dokumen-dokumen juga kecil serta saiz kotak adalah sekitar 50% lebih nipis. Menyedari perkara ini akan menjimatkan alam sekitar, Xiaomi turut akan mengurangkan 60% penggunaan plastik dalam bungkusan jualan peranti mereka.

Xiaomi akan memulakan dengan Mi 10T Lite mereka. Tetapi apa yang menarik, pengecas dan kabel akan masih disertakan. Berdasarkan gambar yang Xiaomi ciap di Twitter, peranti, pengecas, kabel tiada lagi plastik atau kertas tambahan. Tetapi Xiaomi terkenal menjadikan Apple sebagai inspirasi. Adakah kelak, pengecas turut tidak akan disertakan? Kemudian sebelum nama Xiaomi lebih dikenali ramai, kotak bungkusan produk-produk Xiaomi adalah dari bahan kitar semula berwarna coklat.

Komen