Cari @ Amanz

Xiaomi semasa mula memasuki pasaran tempatan, mereka menjual power bank 10,000mAh pada harga yang sangat mampu milik. Ia menggunakan bahan binaan logam, bersaiz kompak dan sangat popular. Tahun demi tahun, pelbagai variasi power bank telah diperkenalkan. Dari yang asas sehinggalah yang menyokong pengecasan pantas dan pengecasan nirwayar.

Terkini, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Mi Power Bank 3 Pocket Edition. Ia mengembalikan rekaan klasik, iaitu kompak. Ia juga mempunyai kapasiti 10,000mAh dan turut menyokong kuasa 22.5W. Ia mempunyai  2x USB-A (output), 1x USB-C (input/output), dan 1x MicroUSB (input). Ia turut menyokong pengecasan Power Delivery pada kadar 22W dan boleh mengecas bateri pada power bank ini dengan kuasa maksima 24W melalui USB-C.

Xiaomi menyasarkan yang power bank ini adalah untuk kegunaan kebanyakan peranti mereka. Ia boleh mengecas aksesori audio seperti TWS, penjejak kesihatan seperti Mi Band atau juga mengecas tiga peranti serentak. Kuasa pengecasan lain yang disokong pada power bank ini adalah 18W, 15W, 12W dan juga 10W.

Bahan binaan adalah polikarbonat dan ABS, yang mana adalah plastik. Berat hanya 200 gram dan dijual pada harga RMB99, iaitu sekitar RM62 sahaja. Buat masa ini ia terhad dijual di pasaran China sahaja.  

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd