IQOO U1x Kini Rasmi – Sokong Cip Snapdragon 662, Bateri 5000mAh

IQOO U1x Kini Rasmi – Sokong Cip Snapdragon 662, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Okt 21, 2020 oleh .

Baru sahaja tertiris tempoh hari, IQOO U1x kini diperkenalkan secara rasmi. Ia merupakan sebuah lagi peranti yang hadir dengan penawaran Snapdragon 662 – yang mana turut digunakan pada Realme 7i dan Oppo F17 sebelum ini. Ia juga merupakan pengganti kepada IQOO U1 yang dilancarkan sekitar Julai lalu.

Untuk spesifikasi, IQOO U1x hadir dengan skrin bersaiz 6.51 IPS LCD bersama resolusi HD+ (720 x 1,600 piksel). Ia turut dilengkapi pilihan memori sehingga 6GB RAM, selain storan dalaman sehingga 128GB (UFS 2.1). Melengkapi peranti juga adalah bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W melalui port sambungan mikroUSB.

Seterusnya, ia menjalankan antaramuka IQOO UI berasaskan Android 10 terkini, selain dilengkapi sistem tri-kamera utama dengan konfigurasi 13-Megapixel (utama) (f/2.2) + 2-Megapixel (f/2.4) + 2-Megapixel (f/2.4). Kamera swafoto pula terdiri dengan lensa sebesar 8-Megapixel. Peranti pintar ini dijual pada harga bermula RMB899 (~RM560) untuk versi asas dan buat masa ini ia hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.



Paling Popular