Asus Hadir Dengan Pengecas GaN Tersendiri – ASUS Adol 65W

Asus Hadir Dengan Pengecas GaN Tersendiri – ASUS Adol 65W

Diterbitkan pada Okt 21, 2020 oleh .

GaN atau nama penuhnya adalah Gallium Nitride, merupakan alternatif kepada bahan silikon yang digunakan pada barangan elektronik. Ia mempunyai jalur-sela yang lebih lebar, tenaga lebih mudah untuk mengalir, mampu bertahan pada tahap suhu yang tinggi, dan menyokong sistem pemgecasan pantas berkuasa tinggi seperti Power Delivery.

Pengeluar peranti atau pengeluar aksesori kuasa sejak kebelakangan ini mula hadir dengan pengecas GaN tersendiri. Seperti Xiaomi, Nubia, Baesus dan banyak lagi. Terkini, Asus turut hadir dengan pengecas GaN tersendiri melalui Asus Adol 65W. Seperti kebanyakan pengecas GaN, port sambungan yang disediakan adalah 1x USB-A dan 2x USB-C dengan sokongan kuasa yang berbeza. Sistem pengecasan yang digunakan adalah Power Delivery 3.0.

Pengecasan tiga peranti serentak turut akan disokong. Tetapi pengurangan kuasa akan berlaku, kerana ia akan berkongsi untuk tiga peranti.



Paling Popular