Acer Spin 5 Menerima Kemaskini CPU Intel Generasi Ke-11

Acer Spin 5 Menerima Kemaskini CPU Intel Generasi Ke-11

Diterbitkan pada Okt 22, 2020 oleh .

Tidak lama dahulu, Acer telah melancarkan model komputer riba boleh lipat Acer Spin 5 yang dikuasakan siri CPU Intel Generasi ke-10 Ice Lake.

Kini, di acara Acer Global Press Conference, Acer telah mengumumkan bahawa model komputer riba tersebut akan menerima kemaskini siri CPU Intel generasi ke-11, dan ciri-ciri terbaru seperti sokongan untuk Thunderbolt 4 dan palam USB 3.2 gen 2 Type-A yang terbaru.

Selain daripada itu, Acer bukan sahaja menjanjikan jangka-hayat bateri selama 15 jam, tetapi juga pengecasan pantas dimana komputer riba ini boleh digunakan selama 4 jam selepas dicas selama 30 minit sahaja.

Spesifikasi lain seperti paparan skrin boleh-sentuh IPS bersaiz 13.5 inci dengan nisbah paparan 3:2 dan resolusi Full HD masih kekal digunakan, dan ia juga hadir dengan pena stylus Wacom AES 1.0 dengan 4096 tahap tekanan yang boleh digunakan pada paparan boleh-sentuh tersebut untuk artis-artis digital.

Ketibaan kemaskini untuk Acer Spin 5 ini akan diumumkan kelak.



Paling Popular