Acer sedia terkenal dengan penawaran komputer mereka, dan kini turut dilihat hadir dengan beberapa produk memfokuskan gaya hidup. Terkini, Acer telah memperkenalkan sebuah produk baru dinamakan AcerPure Cool.

AcerPure Cool merupakan produk dua dalam satu, dimana ia mengabungkan ciri penapis udara dan juga kipas udara dalam satu produk.
Melalui ciri penapis udara, AcerPure Cool menyertakan ciri menapis udara 3-dalam-1 HEPA Filter, yang mampu membuang bahan PM1.0, disamping menapis bakteria sehingga 99.97%. AcerPure Cool juga dikatakan boleh menapis gas berbahaya, disamping membuang bau busuk.
Penapis udara pintar ini turut hadir dengan ciri pintar yang mengenal-pasti kualiti udara persekitaran,dan mengaktifkan ciri tapisan supaya kualiti udara persekitaran kekal bersih.
Acer masih belum mengumumkan harga jualannya. Tetapi, gergasi perkomputeran berkenaan menjanjikan produk ini bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.