WhatsApp Menguji Ciri Menyertai Panggilan Berkumpulan Yang Terlepas

WhatsApp Menguji Ciri Menyertai Panggilan Berkumpulan Yang Terlepas

Diterbitkan pada Okt 22, 2020 oleh .

Pernahkah anda berdepan dengan situasi di mana terlepas atau mungkin tidak sempat menjawab panggilan masuk secara berkumpulan daripada rakan, ahli keluarga dan kenalan? Selepas ini rasanya anda tidak perlu lagi risau mengenainya.

Ini adalah kerana WhatsApp kini sedang menguji sebuah ciri untuk sertai panggilan yang tidak dijawab ataupun terlepas. Namun begitu, ia hanya berfungsi untuk panggilan yang masih aktif atau belum ditamatkan sahaja. Ciri ini bagaimanapun, masih lagi dalam fasa ujian Beta.

Dalam perkembangan yang sama, WhatsApp turut dilihat sedang menguji ciri keselamatan menggunakan pengesahan biometrik. Ia dikatakan penambahbaikan untuk fungsi imbasan cap jari sedia ada. Melaluinya, ia membolehkan anda menyahkunci peranti menggunakan imbasan cap jari, pengecasan wajah atau mana-mana pengesahan biometri yang menyokong peranti berkenaan. Seperti biasa, ciri ini juga masih dalam pembangunan dan tidak diketahui bilakah ia akan memperkenalkan kepada umum.



Paling Popular