Carian
Proton X50 Akan Dilancarkan Pada 27 Oktober Ini
October 22, 2020 Effi Saharudin

Penantian untuk kereta SUV hangat di pasaran iaitu Proton X50 akan berakhir pada 27 Oktober ini. Selepas berbulan lamanya kereta ini diacah dan tempahan dibuka, maklumat mengenai harga untuk kesemua model yang ditawarkan pasti akan diketahui pada tarikh tersebut.

Sejak kenderaan diperlihatkan buat pertama kali beberapa bulan yang lalu, ramai tertanya-tanya mengenai harga jualan X50. Terdapat ramalan ia akan dijual pada harga yang amat kompetitif di dalam kelasnya bagi bersaing dengan Honda HR-V dan Kia Seltos.

Yang pasti dengan penawaran pelbagai fungsi tambahan seperti ADAS 2.0 dan sistem infohibur ang dipertingkat dari X70, tidak mengejutkan X50 menerima banyak pra-tempahan awal walaupun harga akhir masih belum diumumkan oleh Proton. Sejak diambil alih oleh Geely, Proton sedang mengalami zaman renaissance kedua dengan jualan yang meningkat.

Komen