Cari @ Amanz

OnePlus tahun ini turut akan memfokuskan kepada peranti kelas pertengahan. OnePlus Nord adalah peranti pertama mereka dalam kelas ini untuk tahun ini. Akan terdapat beberapa lagi siri Nord dilancarkan, salah satunya dikatakan pada bulan ini juga dan yang lain adalah penghujung tahun.

Baru-baru ini , peniris @MaxJmb yang kerap meniriskan nama peranti OnePlus, aksesori, ciri dan banyak lagi telah menciap lakaran rekaan peranti yang dikatakan adalah OnePlus Nord N10 5G. Ia dilihat menggunakan rekaan modul kamera seakan OnePlus 8T. Iaitu seakan segi empat dengan bucu yang melengkung.

Peranti ini diktakan akan hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+, 90Hz, dijana Snapdragon 690 dan memori sehingga 6/128 GB. Harga jualan dilaporkan adalah bawah $400.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd