TuneTalk Menawarkan Pelan Data Tanpa Had Selama Setahun Pada Harga RM399 – Hanya Untuk Hari Ini

TuneTalk Menawarkan Pelan Data Tanpa Had Selama Setahun Pada Harga RM399 – Hanya Untuk Hari Ini

Diterbitkan pada Okt 22, 2020 oleh .

TuneTalk hari ini hadir dengan promosi masa terhad hanya untuk 22 Oktober 2020, dimana mereka menawarkan langganan pelan data tanpa had selama setahun pada harga RM399.

Pelan data tanpa had ini hadir dengan kelajuan mencapai 6Mbps, data hotspot sebanyak 5GB, dan sokongan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Kebiasaannya, pelan ini ditawarkan pada harga RM48 sebulan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan pelan ini melalui laman AirAsia.com yang terbaru, dan menggunakan kod Super50 untuk mendapatkan langganan pelan data tanpa had selama setahun ini pada harga RM399. Untuk makluman, pelan ini tertakluk kepada FUP 100GB untuk setiap 30 hari.



Paling Popular