Hayat Bateri iPhone 12 Didapati Tidak Setanding Galaxy S20 Jika Menggunakan 5G

Hayat Bateri iPhone 12 Didapati Tidak Setanding Galaxy S20 Jika Menggunakan 5G

Diterbitkan pada Okt 22, 2020 oleh .

Apple iPhone 12 dan 12 Pro telah mula dipasarkan di beberapa negara gelombang pertama minggu ini. Ulasan awal juga telah mula diterbitkan oleh beberapa laman teknologi. Antara perkara yang menjadi pertanyaan ramai ialah ketahanan bateri kerana peranti dilengkapi pemproses lebih berkuasa, bateri yang lebih kecil dan menyokong rangkaian 5G.

Jawatan ini terjawab selepas laman Tom’s Guide melakukan ujian mereka. Dalam mod 60Hz dan 5G, kedua-dua iPhone 12 dan 12 Pro mempunyai hayat bateri yang tidak sebaik Samsung Galaxy S20 dan S20+. Kedua-dua peranti hanya mampu mencatatkan hayat bateri yang lebih baik sekiranya hanya menggunakan rangkaian 4G.S

elain peranti Samsung, iPhone 12 dan 12 Pro turut tewas kepada OnePlus 8T dan Google Pixel 5. Ketahanan bateri iPhone 12 Pro walau bagaimanapun lebih baik berbanding iPhone 11 Pro apabila menggunakan rangkaian 4G. Memandangkan di Malaysia masih menggunakan 4G, isu bateri ini tidak akan mendatangkan impak yang besar.



Paling Popular