Tesla Mula Mengeluarkan Kemaskini Perisian Beta Swapandu Kepada Pengguna Terpilih

Tesla Mula Mengeluarkan Kemaskini Perisian Beta Swapandu Kepada Pengguna Terpilih

Diterbitkan pada Okt 22, 2020 oleh .

Cita-cita Elon Musk untuk Tesla ialah membangunkan siri kenderaan swapandu yang boleh dimiliki oleh orang ramai. Kereta-kereta mereka seperti Tesla Model 3 sudahpun hadir dengan sokongan teknologi swapandu.

Terkini, ia telah diumumkan bahawa Tesla telah mula mengeluarkan kemaskini perisian swapandu “Full Self Driving” kepada beberapa pengguna terpilih didalam program akses awal Tesla. Melalui kemaskini ini, ciri swapandu AutoPilot keluaran Tesla boleh diaktifkan, dan boleh digunakan walaupun di jalan-jalan bandar.

Beliau juga mengatakan bahawa perisian Autopilot telah diumah semula untuk membolehkan pengimbas-pengimbas di kereta Tesla untuk mengintepretasi keadaan sekeliling dengan lebih baik lagi, dan ini akan menjadikan pemanduan menggunakan Autopilot lebih selamat.

Elon Musk mengatakan bahawa kemaskini Full Self Driving ini akan dikeluarkan kepada pengguna secara terhad terlebih dahulu, dan akan tiba untuk lebih ramai pemandu Tesla menjelang penghujung tahun ini.



Paling Popular