Aplikasi Apple TV Bakal Hadir Ke PlayStation 5 Dan PlayStation 4
October 22, 2020
Apple
e-Permainan
Aman
Sony hari ini mengumumkan aplikasi Apple TV bakal hadir ke konsol generasi baru PlayStation 5 mereka, dan juga konsol sedia ada PS4. Apple TV akan melengkapkan penawaran aplikasi penstriman video lain, termasuk YouTube, Netflix dan sebagainya.
Dengan langkah pengenalan aplikasi penstriman ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menggunakan PlayStation bukan sahaja untuk menikmati kandungan permainan, tetapi juga kandungan video.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah PlayStation 5 akan hadir untuk pasaran tempatan secara rasminya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.