Cari @ Amanz

Huawei sebelum ini telah memperlihatkan Eyewear II yang dibangunkan hasil kerjasama pihak Gentle Monster. Namun, info penuh berkaitan dengan kaca mata pintar ini tidak dikongsikan ketika itu.

Eyewear II ini memfokuskan kepada kemudahan anda mendengar audio ketika memakai cermin mata, tanpa perlu menggunakan fon telinga tambahan.

Kaca mata pintar ini hadir dengan rekaan kompak dan kemas, menawarkan kelantangan audio setinggi 12db, serta masa penggunaan selama lima jam dengan pengecasan penuh.

Huawei turut melengkapkan ia dengan ciri kawalan mudah untuk mengawal audio melaluinya.

Harga jualan tempatan untuknya masih tidak diketahui lagi. Huawei dijangka berkongsi lanjut mengenainya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd