Cari @ Amanz

Huawei sedia bekerjasama dengan pihak Porsche Design untuk beberapa peranti sebelum ini, termasuk jam tangan pintar. Selari dengannya, kini Huawei telah memperkenalkan jam tangan Huawei Watch GT2 dalam edisi Porsche Design.

Untuk makluman, jam tangan pintar ini hadir dengan skrin 1.39-inci AMOLED, menawarkan rekaan muka jam bulat, dijana cip Kirin A1, dan penawaran bateri sehingga dua minggu lamanya.

Dengan rekaan Porsche Design, ia menyertakan muka jam tambahan, rekaan yang lebih kemas dan premium, serta tulisan Porsche Design pada bahagian atas jam.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah jam ini akan dilancarkan di Malaysia. Model variasi biasa ditawarkan pada harga RM799 ketika pengenalannya sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd