Huawei Hadir Dengan Aplikasi Peta Tersendiri Petal Maps Dan Petal Search Kini Pesaing Kepada Google Lens

Huawei Hadir Dengan Aplikasi Peta Tersendiri Petal Maps Dan Petal Search Kini Pesaing Kepada Google Lens

Diterbitkan pada Okt 23, 2020 oleh .

Siri Huawei Mate 40 telah pun dilancarkan malam tadi. Ia membawakan kemampuan kamera yang lebih hebat, kembalinya speaker stereo serta dijana dengan cip yang paling berkuasa dari Huawei. Ia masih lagi menggunakan HMS sebagai teras untuk gedung aplikasi dan ekosistem.

Untuk bersaing dengan Google Mobile Services, Huawei turut melancarkan Petal Maps iaitu aplikasi peta mereka tersendiri. Ia hadir dengan fungsi arahan selok-belok, paparan 2D atau 3D, sokongan paparan informasi trafik masa nyata, atau juga mencari laluan pintas. Menariknya, walaupun aplikasi ini baru lagi – ia sudah mempunyai data untuk 140 negara dan hadir dengan sokongan notifikasi suara dari bahasa Inggeris, Perancis, Mandarin, Jerman, Itali dan Mandarin.

Bagi aplikasi Petal Search, Huawei telah mengemaskini aplikasi ini bagi menyerupai aplikasi Google. Ia kini mempunyai sokongan carian menggunakan kamera seakan Google Lens. Ini bermakna carian akan menjadi lebih mudah, kerana boleh menggunakan imej tidak kira dari kamera atau tangkapan layar untuk mencari informasi baharu.



Paling Popular