Huawei Mate 30E Pro 5G Turut Diumumkan, Dijana Dengan Kirin 990E 5G

Huawei Mate 30E Pro 5G Turut Diumumkan, Dijana Dengan Kirin 990E 5G

Diterbitkan pada Okt 23, 2020 oleh .

Huawei malam tadi turut mengumumkan versi baharu bagi Mate 30 Pro mereka, iaitu Huawei Mate 30E Pro 5G. Secara keseluruhan, ia masih lagi peranti yang sama. Dari segi rekaan, panel belakang mempunyai lingkaran modul kamera rata atau juga skrin melengkung 88 darjah. Versi baharu ini dilihat mempunyai beberapa pilihan warna baharu. Kini warna yang ditawarkan adalah hitam, ungu, perak, hijau, dan jingga.

Spesifikasi peranti ini tidak banyak yang dikongsi oleh Huawei. Tetapi kami yakin ia adalah sama sahaja, kecuali pada cip pemprosesan. Mate 30E Pro 5G dijana dengan cip pemprosesan baharu – Kirin 990E 5G. Cip pemproses ini dipercayai adalah Kirin 990 5G 7nm+ yang biasa tetapi dengan kuasa yang lebih rendah. Ini kerana, cip baharu mereka turut ada dua versi – Kirin 9000 yang paling berkuasa dan Kirin 9000E yang sedikit lebih rendah. Jadi dengan menggunakan nama “E” di belakang Kirin 990 jelas sekali adalah versi yang kuasanya lebih rendah.

Buat masa harga masih tidak lagi diketahui. Tetapi variasi yang ditawarkan adalah 8/128 GB dan 8/256 GB.



Paling Popular