Huawei Ring Light Case Diperkenalkan – Kerangka Yang Dilengkapi Lampu Untuk Swafoto

Huawei Ring Light Case Diperkenalkan – Kerangka Yang Dilengkapi Lampu Untuk Swafoto

Diterbitkan pada Okt 23, 2020 oleh .

Huawei bersama-sama dengan pengenalan telefon pintar terbaru mereka, turut telah memperkenalkan sejumlah aksesori baru untuk peranti berkenaan. Salah satunya adalah Huawei Mate 40 Pro Ring Light Case.

Huawei Mate 40 Pro Ring Light Case merupakan sebuah kerangka yang dilengkapi dengan lampu yang boleh dibuka untuk swafoto. Ia menyertakan sebanyak 52 LED yang disusun dalam bentuk bulatan, dan memberikan pencahayaan yang baik apabila merakamkan swafoto.

Memandangkan Huawei Mate 40 Pro turut menyertakan dwi-kamera hadapan, maka kerangka ini mungkin menjadi pilihan bagi yang ingin merakamkan swafoto dengan lebih baik – apatah lagi dengan populariti aplikasi TikTok, Instagram Stories dan sebagainya yang memfokuskan penggunaan kamera swafoto.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah harga jualannya dan sama ada akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak.



Paling Popular