Tetikus iFLYTEK Smart Mouse M210 Membolehkan Anda Menaip Menggunakan Suara

Tetikus iFLYTEK Smart Mouse M210 Membolehkan Anda Menaip Menggunakan Suara

Diterbitkan pada Okt 23, 2020 oleh .

Bolehkan anda menaip dengan menggunakan tetikus? Jawapannya ya tetapi pastinya sukar kerana perlu menekan papan setiap kekunci pada papan kekunci maya di atas skrin. Tetapi dengan iFLYTEK Smart Mouse M210. ia boleh dilakukan dengan hanya menggunakan suara.

Tetikus unik ini mempunyai sebuah butang khas terbina untuk memberikan arahan suara. Apabila ditekan ia mendengar dan terus menaip apa yang disebut secara automatik. Menurut pengeluar, iFLYTEK Smart Mouse M210 memahami 23 bahasa serta dialek dengan ketepatan sekitar 98%. Kepantasan melakukan transkrip ialah sehingga 400 perkataan seminit.

Dengan butang yang sama, pengguna juga boleh memberikan arahan suara untuk membuka program, aplikasi dan mengawal komputer. Di China tetikus pintar ini dijual pada harga RMB 169 (~RM105) sebuah.



Paling Popular