Lenovo Legion Slim 7 Dilancarkan Dengan Sokongan Siri CPU AMD Ryzen 4000H

Lenovo Legion Slim 7 Dilancarkan Dengan Sokongan Siri CPU AMD Ryzen 4000H

Diterbitkan pada Okt 23, 2020 oleh .

Lenovo kini memperluaskan penawaran komputer riba mereka menerusi pengenalan Lenovo Legion Slim 7. Model terbaru ini dikuasakan oleh pemproses siri AMD Ryzen 4000H dan ia merupakan kali pertama pemproses ini digunakan pada model ini.

Paparan komputer riba ini berukuran 15.6-inci dengan resolusi skrin sehingga 3840 x 2160 piksel. Panel digunakan adalah jenis IPS VESA DisplayHDR yang menyokong kecerahan paparan setinggi 500 nit. Seterusnya, ia hadir dalam tiga pilihan pemproses iaitu AMD Ryzen 9 4900H, AMD Ryzen 9 4600H dan AMD Ryzen 7 4800H. Selain, turut dilengkapi sistem penyejukan Lenovo Legion Coldfront 2.0 untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

Sokongan memorinya pula adalah sehingga 32GB RAM DDR4, manakala storan dalaman sehingga 256GB M.2 NVMe PCIe SSD. Dalam pada itu, Lenovo Legion Slim 7 turut dilengkapi bateri 71 WHr dan menjalankan sistem operasi Windows 10 Pro. Di samping itu, ia juga menawarkan papan kekunci TrueStrike dengan sokongan lampu berwarna putih. Selain, sokongan imbasan cap jari yang diintegrasikan pada butang kuasa. Lenovo Legion Slim 7 ditawarkan pada harga bermula pada $1,370 (~RM5,691).



Paling Popular