Cari @ Amanz

Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi yang popular dibawah kategori sumber terbuka, berasaskan Linux. Terbaru, pembangunnya telah mengeluarkan sistem operasi versi terbaru Ubuntu, iaitu Ubuntu 20.10 Groovy Gorilla.

Ubuntu 20.10 ini bukanlah versi LTS, dimana ia hanya menawarkan sokongan selama 9 bulan sehingga Julai 2021 kelak. Sekiranya anda inginkan variasi yang disokong untuk tempoh masa lebih lama, anda dinasihatkan untuk memuat-turun Ubuntu 20.04 LTS.

Ubuntu 20.10 hadir dengan Linux Kernel 5.8, antaramuka GNOME 3.38, selain dilengkapi pelbagai perisian dan aplikasi terkini bersama dengannya. Pembangunnya juga turut menyediakan versi khusus untuk Raspberry Pi 4 dengan memori 4GB RAM melalui versi terbaru ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Ubuntu 20.10 ini hari ini dan mencubanya sendiri pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd