Cari @ Amanz

Apple kini telah menerbitkan dokumen bantuan Apple Support terbaru berkaitan dengan pengecas MagSafe. Melaluinya, Apple menerangkan bagaimana menggunakan pengecas MagSafe, disamping turut mengingatkan pengguna berkaitan beberapa perkara.

Salah satunya, Apple mengatakan yang mana pengecas MagSafe ini mungkin meninggalkan kesan berbentuk bulatan pada kerangka berasaskan kulit. Selain kerangka berasaskan kulit, beberapa laporan sebelum ini turut mengatakan ia meninggalkan kesan terhadap kerangka berasaskan silikon.

MagSafe merupakan ciri baru yang diperkenalkan oleh Apple untuk iPhone 12. Melaluinya, ia menawarkan sejumlah aksesori berbentuk magnetik dan menyokong pengecasan nirwayar. Selain Apple, beberapa pengeluar lain turut akan menggunakan piawaian MagSafe pada produk keluaran mereka.

Selain meninggalkan kesan, Apple turut meningatkan supaya tidak meletakkan kad kredit dan sebagainya antara iPhone dan pengecas MagSafe – kerana ini boleh merosakkan jalur magnetik serta cip RFID pada kad berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd