Cari @ Amanz

WhatsApp sedia mempunyai aplikasi permesejan khusus untuk pengguna perniagaan, dinamakan WhatsApp Business. Kini, pihak WhatsApp dilihat memberikan lebih perhatian untuk penawaran berkenaan – sekaligus membantu para pengguna perniagaan untuk mendekati para pelanggan mereka.

Seperti ramai sedia maklum, WhatsApp Business sedia ditawarkan secara percuma kepada pengguna, membolehkan pengguna membuat katalog produk, dan memudahkan proses komunikasi antara pelanggan.

Berkongsi berkenaan dengannya, kini WhatsApp menyasarkan untuk menambah ciri membeli dan membayar terus dalam aplikasi berkenaan. Dengan langkah ini, pengguna boleh melihat katalog, melakukan bayaran dan sebagainya tanpa perlu meninggalkan aplikasi WhatsApp.

Buat masa ini, ciri pembayaran terus dalam WhatsApp ini masih tidak disokong di Malaysia. Ia dijangka menggunakan ciri Facebook Pay yang masih diuji dibeberapa buah negara sahaja.

Sebagai alternatif, kini pengguna tempatan boleh menawarkan katalog sahaja melalui WhatsApp Business, dan menawarkan nombor akaun perbankan sekiranya pengguna ingin melakukan pembelian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd