Carian
Microsoft Ingin Menjadikan Animasi GIF Bersaiz Lebih Kecil
October 25, 2020 Aman

Pada hari ini, animasi berbentuk GIF sedia popular untuk dikongsikan pada laman-laman sosial dan aplikasi permesejan. Apa pun, salah satu kekurangan yang mungkin ramai sedia sedari adalah saiznya yang besar, dan resolusinya yang sering kabur dan berpixel.

Kini, dalam usaha mengatasinya, Microsoft sedang melihat untuk memberikan nafas baru terhadap animasi GIF. Melalui paten yang difailkan, Microsoft dilihat sedang melihat untuk menjadikan animasi GIF bersaiz lebih kecil, dan mungkin membolehkan ia ditawarkan dalam resolusi lebih baik.

Microsoft dilihat ingin memperbaiki perkara ini dengan hanya menambah bingkai pada bahagian yang beranimasi atau mengalami perubahan berbanding bingkai gambar sebelumnya, dan bukannya untuk keseluruhan gambar. Hal ini, sekaligus mengurangkan lagi saiz gambar, dan tidak memerlukan keseluruhan bahagian diubah untuk tujuan animasi.

Buat masa ini, Microsoft sekadar memfailkan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah format baharu ini akan diperkenalkan.

Komen