Cari @ Amanz

Apple Watch pada hari ini sedia mempunyai ciri untuk memantau kadar denyutan nadi, selain turut menyemak kadar oksigen dalam darah. Terbaru, melalui paten yang difailkan oleh Apple, ia dilihat gergasi teknologi berkenaan ingin turut menggunakan jam tangan pintar Apple Watch dalam memudahkan pengguna memantau kadar tekanan darah.

Pada hari ini, selain sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, ramai yang tidak mengambil tahu berkenaan kadar tekanan darah. Tetapi, dengan ciri ini, ia akan memudahkan pengguna mengenal pasti sebarang masalah sekiranya terdapat perubahan pada kadar tekanan darah mereka dengan lebih awal.

Melalui paten yang difailkan, ia dilihat Apple akan menggunakan beberapa sensor dalam menilai dan menyemak berapa lama ia mengambil untuk aliran darah pada badan pengguna, dan menawarkan data berkaitan.

Apa pun, boleh dikatakan kaedah yang ingin diimplementasikan mungkin mencabar, dan memerlukan beberapa sensor diintegrasikan pada jam tangan pintar. Sama-sama kita nantikan bagaimana Apple merealisasikan perkara ini pada produk mereka dalam tahun-tahun akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd